Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam di Istana Negara.

Majlis menghadap kali kedua jawatankuasa berkenaan bertujuan memberi sembah maklum kepada Tuanku Mizan mengenai isu-isu penyelarasan fatwa.

Anggota Jawatankuasa yang terdiri daripada semua mufti kerajaan negeri dan lima orang tokoh yang diperkenan pelantikan oleh Majlis Raja-Raja itu diketuai oleh pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Syukor Husin.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malayasia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Tuanku Mizan turut berkenan menerima menghadap Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Undang-undang Sivil Syarak buat pertama kali, yang antara lain bertujuan menyembah taklimat mengenai kejayaan usaha penyeragaman undang-undang Islam kepada baginda.

Jawatankuasa yang diwakili 10 anggota itu diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Syeikh Ghazali Abdul Rahman. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan