PRN Sarawak: Kekuatan BN Sekat Kebangkitan Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAWAN habis-habisan! Ungkapan itu pastinya menjadi azimat yang digenggam erat setiap jentera parti sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang dalam siri kempen pilihan raya Sarawak.

Berbaki kurang 48 jam menjelang hari pengundian Sabtu ini, bahang kehangatan kempen semakin dirasai di setiap pelosok Bumi Kenyalang terutama di kawasan bandar.

Hingga ke saat ini, pastinya setiap parti politik mempunyai perangkaan dan juga perkiraan mengenai kedudukan kebarangkalian boleh menang di kerusi-kerusi tertentu yang dilihat agak panas.

Apa yang boleh dilihat, sama ada BN ataupun Pakatan Rakyat, tumpuan kini lebih menjurus kepada usaha untuk merayu undi di kawasan yang dilabelkan hitam ataupun kelabu.

Di sekitar Kuching, beberapa kerusi yang dilihat menjadi tumpuan ialah di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi DAP dan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di bawah payung BN iaitu Pending, Padungan, Batu Kawah dan Kota Sentosa.

Selain itu, satu lagi saingan sengit turut berlaku di kerusi DUN Batu Lintang yang ditandingi BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kelima-lima kerusi berkenaan merupakan kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina di kawasan bandar.

Bagaimanapun momentum sokongan kepada BN terutama di kerusi-kerusi panas berkenaan menunjukkan petanda positif terutama selepas menerima sentuhan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kehadiran Najib bagi membantu jentera BN Sarawak terutama di beberapa kawasan hitam dilihat meninggalkan harapan baik kepada parti itu untuk kembali diberikan mandat membentuk kerajaan.

Begitu jelas, populariti Najib beserta keberkesanan konsep 1Malaysia terutama di negeri yang mempunyai lebih daripada 20 etnik ini sedikit sebanyak berjaya menggugat kedudukan pembangkang.

Penganalisis politik yang juga pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berpendapat, konsep berkenaan ternyata memberi dampak positif kepada BN.

Menurutnya, kesungguhan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara yang sanggup berkampung di Sarawak dalam tempoh pilihan raya ini membuktikan bahawa rakyat negeri ini tidak pernah dipinggirkan dalam arus pemodenan terutama menerusi Pelan Transformasi Kerajaan (GTP).

Malah Dr Jeniri berpendapat, hubungan erat antara kerajaan Pusat dan negeri ternyata berjaya menambat hati pengundi yang secara keseluruhannya dahagakan kemajuan.

Bagaimanapun semua pihak menyedari bahawa pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya Sarawak.

Malah tinjauan di peringkat bawah juga mendapati pembangkang berjaya menggempur beberapa kawasan BN yang sebelum ini menang dengan majoriti kurang daripada 1,000 undi.

Kawasan-kawasan ini dilihat perlu diberi tumpuan khusus oleh BN sekiranya tidak mahu ia beralih arah kepada pembangkang.

Diramalkan oleh beberapa pihak, pembangkang boleh menambahkan kerusi dalam DUN walaupun kemenangan mutlak masih berpihak kepada BN.

Maksimumnya, jumlah kerusi yang boleh dimenangi pembangkang mungkin sebanyak 15 kerusi namun minimumnya ialah 10 kerusi.

Namun sukar dikenal pasti sejauh mana kawasan-kawasan yang dianggap mampu memberi kemenangan kepada pembangkang benar-benar-benar akan berpihak kepada mereka.

Jika diukur menerusi sambutan ceramah, diakui kebangkitan pembangkang terutama sambutan orang ramai di ceramah anjuran DAP saban malam begitu menggalakkan dengan kehadiran ribuan penyokong dan orang awam.

Bagaimanapun sukar diramalkan sama ada jumlah kehadiran berkenaan dapat diterjemahkan dalam bentuk undi pada hari pengundian Sabtu ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan