Pesawat Baru Kurangkan Kos Sehingga 15% - MAS - Berita Semasa | mStar

Pesawat Baru Kurangkan Kos Sehingga 15% - MAS

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS), yang menerima penghantaran pesawat A330-300 pada Khamis, menjangkakan kos operasi pesawat akan menurun sebanyak 15 peratus menjelang 2015 berikutan program pembaharuan kumpulan pesawatnya.

Pengarah urusannya, Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin berkata, pesawat A330-300 akan membantu MAS mengurangkan penggunaan minyak dan mengurangkan kos penyenggaraannya.

"Kami akan mengekalkan 25 peratus daripada minyak kami dilindung nilai pada US$88 satu tong tahun ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran penerbangan A330-300 oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, di sini.

Azmil berkata, selaras dengan wawasan MAS untuk menjadi syarikat penerbangan nombor satu di Asia menjelang 2015, ia akan menumpukan kepada kepada memberikan yang terbaik kepada pelanggannya dan menyasarkan untuk memberikan pulangan terbaik kepada pemegang sahamnya.

Pesawat A330-300 itu adalah 15 pesawat pertama yang dihantar kepada MAS sepanjang empat tahun akan datang sebagai sebahagian daripada program pembaharuannya.

A330-300 mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 283 tempat duduk, 36 tempat duduk di kelas bisnes dan 247 di kelas ekonomi.

Penerbangan komersil pertama bagi A330-300 adalah dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Shanghai, Osaka, Beijing, Perth dan Delhi. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan