Star Online Paling Banyak Diakses Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: The Star Online (thestar.com.my) merupakan portal berita yang paling banyak diakses oleh rakyat Malaysia, demikian menurut ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA).

Senarai terbaru ranking laman web paling popular ini berasaskan kunjungan yang dibuat oleh 17 juta pengguna internet di Malaysia ke atas laman-laman web tempatan dan juga antarabangsa.

Malaysiakini.com menduduki tangga kedua dalam kategori portal berita diikuti hmetro.com.my, utusan.com.my dan kosmo.com.my.

Dalam kategori keseluruhan, The Star Online menduduki ranking kedua laman web tempatan paling banyak dikunjungi selepas mudah.my.

Portal bisnes The Star iaitu biz.thestar.com.my menduduki ranking ke-15 manakala portal berita bahasa Malaysia The Star iaitu mstar.com.my di rangking yang ke-23.

Dalam senarai laman web popular antarabangsa dan tempatan, yang paling banyak dikujungi oleh rakyat Malaysia ialah media sosial Facebook diikuti mudah.my, Google dan Yahoo. the Star Online berada di tangga ke-9, malaysiakini.com (10), hmetro.com.my (11), utusan.com.my (13), kosmo.com.my (15), bharian.com.my (18), themalaysianinsider.com (20) dan sinchew.com.my (30).

Laporan itu juga menyebut, 58,913 profil demografik yang dibuat ke atas pengujung laman hiburan secara am turut dipantau sepanjang tempoh 30 hari dengan majoriti daripada mereka terdiri daripada pengunjung lelaki iaitu merangkumi 57.55%.

Ia juga menyebut, kumpulan pengunjung terbesar dalam kajian demografik itu adalah terdiri mereka dalam lingkungan umur 25-30 tahun - menyumbang kepada 23.07% daripada jumlah keseluruhan trafik.

“Lebih separuh daripada audien terdiri daripada mereka yang berusia 15-30 tahun dengan pendapatan keseluruhan berjumlah di bawah RM4,800 sebulan yang terdiri daripada pelajar dan juga pekerja muda.

“Lebih 70% daripada mereka bermastautin di bandar-bandar besar dan juga ibu negeri,” kata laporan MDA itu lagi.

Laporan MDA itu disediakan oleh Effective Measure (www.effectivemeasure.com) dan dilihat sebagai panduan berguna berkenaan sifat para pelayar internet dan netizen di negara ini.

MDA adalah badan atau organisasi yang dianggotai para penerbit digital, agensi pengiklanan portal, agensi kreatif dan pembekal perkhidmatan digital.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan