Rakyat Malaysia Dinasihat Tidak Berkunjung Ke Fukushima

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak berkunjung ke Fukushima, Jepun kecuali jika mempunyai urusan penting sahaja kerana status loji nuklear Fukushima Daiichi masih dalam keadaan serius.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pihak berkuasa Jepun tidak membenarkan pengunjung memasuki ke kawasan pemindahan pada jarak sekitar 20 kilometer dari loji itu.

"Pergerakan terhad juga dikuatkuasa pada jarak 20 hingga 30 kilometer dari kawasan loji nuklear itu dan kemungkinan besar kawasan utara loji berkenaan akan turut mengalami pemindahan berjadual yang ditetapkan pihak berkuasa Jepun," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Sehubungan itu, Maximus menasihati rakyat Malaysia supaya mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan di Fukushima, Jepun, Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dan Kedutaan Besar Jepun di Malaysia.

Selain itu, kementerian melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mendapati tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam sampel air laut, air hujan dan tanah dari beberapa lokasi seluruh negara dalam hasil keputusan sampel oleh Agensi Nuklear Malaysia pada 8 April lepas.

Pemantauan itu dibuat oleh kementerian untuk mengawasi kebarangkalian pencemaran radioaktif pada 2 April lepas.

Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter 11 Mac lepas yang turut mencetuskan tsunami dan kerosakan loji nuklear.

Bencana alam itu menyebabkan lebih 10,000 kematian dan ramai orang dilapor hilang.

Ongkili berkata Jepun meningkatkan tahap kemalangan di loji nuklear Fukushima Daiichi daripada tahap lima kepada tahap tujuh yang merupakan tahap paling buruk mengikut skala antarabangsa semalam.

Maximus berkata tahap tujuh bermakna pelepasan bahan radioaktif besar yang akan memberi kesan ke atas kesihatan dan alam sekitar maka tindakan pencegahan terancang dan berpanjangan perlu diambil.

"Had pelepasan radioaktif bagi tahap kemalangan loji nuklear pada tahap tujuh adalah melebihi 50,000 Terra Becquerel," katanya.

Sehubungan itu, International Nuclear and Radiological Event Scale dan AELB akan terus melakukan ujian sampel terutama pada sampel air laut di seluruh negara iaitu di Kota Baharu, Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, Pasir Gudang, Kuching, Bintulu, Labuan, Kota Kinabalu, Kudat dan Sandakan, katanya.

Selain itu, Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia masih menunjukkan paras normal dan pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Portal di empat lapangan terbang antarabangsa Malaysia tidak menunjukkan sebarang kesan pencemaran sehingga kini, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan