PRN Sarawak: Transformasi Satok Bersama BN

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEDUDUKAN yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah pusat perniagaan dan kewangan utama di Sarawak mengangkat status Satok sebagai kawasan wajib dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Bagaimanapun, kawasan semakin berkembang pesat itu terkenal dengan keunikan Pasar Minggu Satok yang menyajikan produk keluaran penduduk setempat terutamanya ikan terubuk masin dan kek lapis Sarawak.

Kunjungan ke bandar raya itu ibarat tidak lengkap jika melepaskan peluang untuk singgah seketika di pasar tersebut.

Malah pelancong akan 'rugi besar' jika tidak merasai sendiri pengalaman menaiki perahu tambang di Kuching Waterfront sambil menikmati keindahan panaroma Sungai Sarawak.

Dahulunya, Satok yang mempunyai majoriti penduduk Melayu hanya menjalankan aktiviti sebagai nelayan, menoreh getah dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan tapi kini segalanya sudah berubah.

Sejak di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg selama 28 tahun, kawasan itu melalui transformasi mendadak seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan di Sarawak.

Abang Johari atau lebih dikenali sebagai 'Abang Jo' di kalangan penduduk setempat mempunyai rancangan pembangunan jangka masa panjang untuk menonjolkan keistimewaan Satok di persada antarabangsa dan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Dalam usaha menjadikan Satok kawasan Lestari, Abang Jo berkata, perkhidmatan teksi air di sepanjang Sungai Sarawak akan diperluaskan dan kampung tradisi akan dinaik taraf sebagai kampung moden dalam masa terdekat.

"Sungai Sarawak cukup terkenal kerana mempunyai sejarah tersendiri. Potensi yang luas dalam sektor pelancong menggerakkan hati saya untuk memajukan Satok selepas melihat kejayaan Venice dan Sabah," katanya pada majlis perasmian projek naik taraf Sungai Lazim di Kampun No.5 di sini, malam Selasa.

Menurut beliau, kerja-kerja memperindahkan kawasan tebingan Sungai Lazim di Satok khususnya akan menarik lebih ramai kehadiran pelancong asing sekali gus meningkatkan pendapatan ekonomi negara.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak bercita-cita besar untuk meneruskan pembangunan di Bumi Kenyalang demi menjadikan Sarawak penyumbang terbesar kepada ekonomi negara menjelang 2030.

"Saya yakin kerajaan BN berupaya menguruskan program pembangunan di Sarawak secara adil jika terus diberi mandat untuk mengekalkan penguasaan. Kita tidak menabur janji kosong tetapi hanya memberikan apa yang mampu ditunaikan," jelasnya.

Pada pilihan raya negeri lima tahun lalu, Abang Jo mempertahankan kerusinya dengan 2,798 majoriti undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Jolhi.

Satok mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 10, 431 terdiri daripada kaum Melayu/Melanau sebanyak 76.3 peratus, Cina (18.9 peratus), Iban (4.1 peratus), kaum-kaum lain (0.8 peratus).

Beliau akan bertanding menentang Ahmad Nazib Johari dari PKR pada pilihan raya negeri ke-10, Sabtu ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan