PRN Sarawak: BN Mampu Bentuk Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ASAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu membentuk kerajaan selepas pilihan raya Sarawak ke-10 dan seterusnya berjaya mengekalkan kemenangan majoriti dua pertiga.

Bagaimanapun Perdana Menteri turut mengakui bahawa BN menghadapi tentangan yang hebat daripada pembangkang pada pilihan raya kali ini.

"Nampaknya sokongan yang diberikan baik, namun itu tidak bererti bahawa kita tidak menghadapi tentangan yang agak hebat, barangkali paling hebat dalam sejarah politik Sarawak.

"Tiap-tiap kali pilihan raya ia mesti ada turun naik. Paling minimum kita boleh tubuh kerajaan, (majoriti) dua pertiga merupakan sasaran yang mempu dicapai oleh BN," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya di sini, Rabu.

Tambah Najib yang juga Pengerusi BN, jentera parti itu sudah mempunyai sasaran yang mampu dimenangi pada pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 16 April ini.

"Kita ada internal target, tapi saya tidak perlu nyatakan berapa. Saya pun tahu di mana kekuatan kita dan di mana kita hadapi tentangan yang agak hebat," katanya.

Ditanya sama ada BN mampu merampas kembali beberapa kerusi yang jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya negeri 2006, Najib berkata, perkara itu bergantung kepada kerja kuat jentera parti itu dalam beberapa hari sebelum hari pengundian Sabtu ini.

Bagaimanapun menurut Najib, ia bergantung kepada pilihan pengundi itu sendiri kerana BN sudah menawarkan calon terbaik untuk menjadi wakil mereka.

"Kita hadapi tentangan yang hebat, kita kena kerja lebih kuat kerana kawasan yang kita kalah ialah di kawasan bandar, kita terpaksa bekerja lebih daripada biasa.

"Kita ada calon yang berwiba, kalau mereka lihat kepada kewibawaan calon, dan apa yang BN boleh lakukan, saya percaya mereka boleh pilih BN. Sebaliknya kalau mereka tunjukkan protes, itu kita tidak boleh lakukan apa-apa," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan