Pilihan Raya Sarawak Antara Yang Terbaik Setakat Ini - SPR

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyifatkan kempen bagi pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sebagai antara yang terbaik setakat ini.

Beliau berkata jika keamanan dan ketenangan ini berkekalan sehingga 15 April, iaitu sehari sebelum pengundian, maka pilihan raya negeri kali ke-10 dikatakan sebagai terbaik sejak kali pertama pada 1969.

"Daripada segi keselamatan dan ketenteraman awam tak ada apa-apa kejadian serius berlaku. Seperti yang saya cakap dulu, orang Sarawak suka ketenangan dan keharmonian secara keseluruhannya memang tenang. CP (Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh) pun bagi tahu saya tadi tak ada perkara-perkara serius berlaku.

"Saya harap keadaan ini berkekalan sehingga ke tengah malam 15 hari bulan (April). Kalau dapat dikekalkan begitu, ini merupakan kempen negeri antara terbaik," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, Rabu. Terdahulu, Abdul Aziz ditemani Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dan Mohmad sempat melawat Kelab Polis di sini, yang dijadikan pusat mengundi bagi 6,591 anggota polis yang didaftarkan sebagai pengundi pos. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan