Najib Bertembung Dengan Hadi Awang Yang Berkempen Di Pusa

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BETONG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hari ini melakukan lawatan kerja ke beberapa kawasan di Sarawak, bertembung dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sedang berkempen bagi calon PAS, di Pasar Pusa, pekan Pusa dekat sini.

Lawatan ke Pusa adalah program pertama Najib hari ini, dan beliau yang ditemani Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro Razaili Gapor berjumpa dengan orang ramai di pasar itu.

Ketika kedua-duanya bertembung di pasar itu, Najib dan Abdul Hadi dilihat bersalaman dan berpelukan.

Pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, kerusi DUN Beting Maro menyaksikan pertembungan antara Razaili dengan calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Dalam ucapannya di pekan Pusa, Najib berkata beliau mempunyai hubungan peribadi yang cukup baik dengan Abdul Hadi tetapi daripada segi politik beliau tidak dapat menerima pendirian Presiden PAS itu.

"Ini kerana PAS bekerjasama dengan DAP. DAP memperjuangkan perkara-perkara yang merugikan orang Islam. Kerjasama PAS-DAP ini tidak menguntungkan orang Islam," katanya.

Beliau berkata sebaliknya apa yang diperjuangkan BN adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia menerusi gagasan 1Malaysia. Perdana Menteri kemudiannya menaiki bot panjang untuk ke satu lagi kawasan Pusa, yang dipisahkan oleh Sungai Saribas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan