MB Pahang Gesa Pemimpin Masyarakat Jadi Mata Dan Telinga Kerajaan

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), penghulu dan ketua kampung perlu berperanan sebagai mata dan telinga kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat bagi mengatasi kekurangan pegawai serta kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata mereka perlu berganding bahu dalam menyalur maklumat tepat supaya sebarang tindakan penguatkuasaan dapat dilakukan segera, selain memberi penerangan kepada orang ramai supaya mereka juga boleh memainkan peranan dalam membantu usaha mencegah perbuatan salah yang dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

"Ini kerana ketika ini masih banyak berlaku perkara-perkara yang menyalahi peraturan yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab, walaupun sudah ada penguatkuasaan undang-undang seperti yang berkaitan pemeliharaan alam sekitar dan kawalan terhadap kegiatan kuari," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini ketika menjawab soalan Mohd Zaili Besar (BN-Panching) berkaitan kawalan serta penguatkuasaan terhadap masalah hakisan, pemendapan kelodak dan pencemaran udara yang berpunca daripada kegiatan kuari.

Katanya oleh itu usaha menangani perkara tersebut wajar dilakukan secara kolektif oleh semua pihak termasuk Adun, penghulu, ketua kampung serta penduduk tempatan bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan.

Katanya jika perkara itu diberi perhatian maka permasalahan sedemikian tidak lagi boleh dipolitikkan atau dijadikan modal oleh parti pembangkang.

Mengulas lanjut, Adnan berkata sudah ada peraturan dikenali Kaedah-kaedah Kuari 2004 yang diluluskan dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2004 dan antara syarat dikenakan kepada pemegang lesen yang menjalankan kegiatan itu termasuk sentiasa melindungi keselamatan pekerja dan tidak merosakkan harta benda atau tanah kerajaan serta kepentingan pihak lain.

Syarat lain ialah perangkap kelodak hendaklah dibina dan diselenggara dengan berkesan, mengemukakan laporan berkala kegiatan mereka setiap tiga bulan dan melaksanakan langkah-langkah mengurangkan habuk bagi mengelak pencemaran.

Beliau berkata 28 Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) dikeluarkan pada tahun lalu yang diberikan kepada pengusaha kuari di seluruh negeri mengikut Kaedah 4, Kaedah-kaedah Kuari 2004.

Menurutnya bagi pengusaha yang didapati melanggar syarat berkenaan, siasatan di tapak akan dilakukan serta pengusaha kuari akan diberi amaran sebelum Arahan Pembetulan dikeluarkan, tetapi jika pengusaha masih ingkar, satu kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan mahkamah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan