Kunjungan Bank Dunia Ke SSM Membanggakan

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejayaan dan pencapaian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendapat perhatian pihak Bank Dunia baru-baru ini amat membanggakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lawatan delegasi Bank Dunia ke ibu negara baru-baru ini untuk melihat dengan lebih dekat sistem yang digunakan adalah bukti kewujudan SSM mula diiktiraf.

Ismail Sabri berkata, minat yang ditunjukkan oleh pihak luar untuk memahami proses memulakan perniagaan di Malaysia dan penilaian yang akan dibuat kelak akan memberikan laporan baik seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu memperbaiki kedudukan negara dalam penilaian Bank Dunia khususnya di dalam aspek proses memulakan perniagaan.

"Perkembangan itu adalah sesuatu yang harus dibanggakan oleh semua warga SSM kerana pada usia yang masih 'setahun jagung' telah mula mendapat perhatian pihak antarabangsa khususnya Bank Dunia," katanya pada Majlis Makan Malam SSM 2011 di sini, pada Rabu.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi SSM, Datuk Zain Mohd Dom.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memuji pencapaian SSM yang berjaya memiliki bangunan sendiri pada tahun lalu walaupun masih baru jika dibandingkan dengan badan berkanun yang lain.

"Saya percaya dengan adanya Menara SSM tersebut, ia mampu menjadi lambang kemajuan SSM bagi mencapai visi ke arah mempertingkatkan daya saing ekonomi negara untuk menarik pelabur luar negara," katanya.

Sementara itu, Ismail dalam ucapannya berkata, pihaknya percaya inisiatif SSM untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan satu hari pemerbadanan syarikat daripada 22 peratus tahun lalu kepada 50 peratus pada penghujung tahun ini selain ingin meluaskan penggunaan nombor identiti korporat Malaysia (MyCoID) akan tercapai.

Malah katanya, usaha SSM memperkenalkan Akta Perkongsian Liabiti Terhad (PTL) 2011 satu inisiatif baik bagi mewujudkan suasana ekonomi berdaya saing serta bakal mendorong pertumbuhan peniaga kecil dan meningkatkan pelaburan domestik di Malaysia.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Daud Tahir, Mahani Tan Abdullah dan Zaiton Mohd Hassan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan