Kerajaan Tubuh Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia (MPRC) tidak lama lagi untuk memacu pembangunan industri minyak dan gas di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif sementara MPRC, Dr Shahreen Madros, berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perincian agensi baharu itu tidak lama lagi.

"Kita sedang mengkaji keperluan modal insan, pemasaran dan cara-cara kita boleh galakkan industri ini selanjutnya," katanya kepada pemberita semasa berlangsungnya Persidangan Invest Malaysia 2011, di sini Rabu.

Cadangan menubuhkan MPRC dikemukakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan ia akan diletakkan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, kata Shahreen.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Carigali dan Pengeluaran Petronas, Datuk Wee Yiaw Hin, berkata zaman perniagaan minyak dan gas yang selesa di Malaysia sudah berlalu, sebaliknya kini menuju ke arah persekitaran yang lebih mencabar.

Untuk mengekalkan paras pengeluaran minyak, katanya, Petronas perlu mendapatkan lebih banyak minyak daripada medan-medan sedia ada dan medan-medan yang ditemui tetapi sukar dikeluarkan hasilnya.

"Kita perlu membawa masuk teknologi dan keupayaan global untuk membantu, kerana kita akan memulakan usaha cari gali sektor laut dalam," katanya pada sesi plenari bertajuk "Menjadikan Malaysia Hab Minyak dan Gas Serantau".

Wee berkata Petronas akan terus melaksanakan inisiatif agresif dan membangunkan penyelesaian inovatif untuk menjana pertumbuhan rizab dan menghasilkan wang daripada rizab.

Beliau juga berkata peserta industri haruslah mengkaji untuk meningkatkan keupayaan dan kepakaran masing-masing dalam teknologi subpermukaan dan medan minyak hasil rendah.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Group, Datuk Shahril Shamsuddin, berkata peserta tempatan perlu cekap dalam membida untuk mendapatkan projek-projek minyak dan gas. Katanya Sapura sendiri mewujudkan kepakaran dan keupayaan bermutu tinggi sebelum mengemukakan tender projek.

"Kita perlu ada keupayaan terlebih dahulu, sebelum peluang muncul," tegasnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan