Kempen Masuk Pusingan Kedua: Tapi Masih Sukar Buat Ramalan - PKR

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Berbaki tiga hari tempoh berkempen, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui masih sukar membuat jangkaan berhubung peluang parti itu untuk menang pada pilihan raya yang akan diadakan Sabtu ini.

Bagaimanapun Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, hingga kini kesemua calon parti itu berada dalam landasan yang betul dan sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran yang dijangka semakin sengit menjelang hari pengundian.

"Saya tidak berani anggarkan berapa kerusi yang kami boleh menang, Tapi hingga kini tak ada lagi calon yang menunjukkan tanda-tanda goyah," katanya pada sidang media harian di Pusat Media PKR di sini, Selasa.

PKR mempertaruhkan 49 calon bertanding pada pilihan raya Sarawak yang ke-10 ini.

Menurut Rafizi lagi, perkembangan kempen PKR kini yang memasuki fasa kedua akan memfokuskan kepada isu setempat bagi setiap kawasan yang ditandingi parti itu.

"Kita sudah habis bahagian pertama kempen pilihan raya dengan menumpukan isu (Tan Sri Abdul) Taib (Mahmud). Penilaian kita, rakyat Sarawak menerima dengan baik mesej supaya kita dapatkan seorang Ketua Menteri yang baru, ia sangat rapat dengan rakyat.

"Selepas ini kita akan mula masuk ke fasa kedua iaitu calon-calon kita akan mula menumpukan kepada isu-isu setempat," katanya.

Selain itu, Rafizi turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya memberi pelepasan istimewa kepada rakyat Sarawak yang kini berada di Semenanjung untuk menggunakan sistem undi pos bagi menjalankan tanggungjawab mereka.

"Kalau SPR betul-betul ikhlas mahu pastikan hak setiap pengundi itu dipenuhi, SPR masih belum terlambat untuk memberi pelepasan istimewa.

"Mereka boleh menyusun (strategi) supaya rakyat Sarawak yang ada di negeri-negeri lain turut boleh mengundi dengan cara undi pos yang dikawal oleh semua wakil parti yang bertanding," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan