Kastam Yakin Dengan Profesionalisme Dan Integriti PDRM

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yakin dengan profesionalisme dan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes kematian penolong pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed, pada 6 April lalu.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata beliau yakin dengan kecekapan PDRM dalam menjalankan siasatan yang menyeluruh dan adil.

Ahmad Sarbani ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini setelah dilaporkan bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 63 pegawai kastam.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kastam Kebangsaan anjuran Persekutuan Pengeluar Malaysia di sini, beliau berkata keluarga Allahyarham juga turut meluahkan keyakinan mereka terhadap kemampuan polis dalam menyelesaikan kes tersebut.

Justeru, beliau berharap agar orang ramai tidak memandang negatif terhadap cara kematian Allahyarham dan meminta mereka supaya menghormati orang yang telah meninggal dunia.

Sementara itu Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyatakan sokongan terhadap SPRM yang bertindak tegas dalam membanteras gejala rasuah di negara ini tanpa mengira darjat atau pangkat.

Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata pihaknya juga menyambut baik langkah pragmatik yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasa SPRM dengan melatih dan menambah pegawai sedia ada supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih profesional. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan