Fakta Terbaru KLIA - Berita Semasa | mStar

Fakta Terbaru KLIA

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan penumpang di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) meningkat 10.53 peratus kepada 2.798 juta penumpang pada Februari 2011 daripada 2.531 juta penumpang pada bulan yang sama tahun lepas.

> 1.979 juta merupakan penumpang antarabangsa;

> 818,806 penumpang domestik;

> Pergerakan penumpang di lapangan terbang lain di bawah pengurusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat sebanyak 8.5 peratus kepada 1.948 juta penumpang pada Februari 2011 daripada 1.795 juta penumpang sebelumnya;

> Pergerakan kargo di KLIA susut 4.1 peratus kepada 45.002 juta kilogram daripada 46.940 juta kilogram sebelumnya;

> Bagi lapangan terbang lain, pergerakan kargo turun 0.2 peratus kepada 15.478 juta kilogram daripada 15.507 juta kilogram sebelumnya;

> Lalu lintas pesawat di KLIA bertambah sebanyak 9.6 peratus kepada 20,211 kapal terbang pada Februari 2011 daripada 18,433 kapal terbang pada bulan yang sama tahun lepas;

> Bagi lapangan terbang lain, pergerakan pesawat meningkat sembilan peratus kepada 27,832 kapal terbang berbanding 25,523 kapal terbang sebelumnya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan