Ekspres Rakyat Lewat Satu Jam Kereta Api Barang Tergelincir

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Ekspres Rakyat Butterworth-Singapura mengalami kelewatan tiba dan bertolak selama satu jam ekoran insiden tren kargo yang tergelincir antara Padang Rengas dan Bukit Berapit di Perak pagi Rabu.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dua gerabak kosong yang digunakan untuk membawa simen tergelincir pada 5.35 pagi.

Kerja baik pulih dijangka siap sebelum tengah hari ini.

"KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dialami," kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 1-300-88-5862. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan