DBKL Tidak Robohkan Rumah Ibadat Sesuka Hati

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan sesuka hati meroboh rumah ibadat di dalam kawasan bidang kuasanya, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M. Saravanan.

Beliau berharap semua pihak terutamanya parti pembangkang supaya tidak mempolitikkan isu rumah ibadat di kawasan DBKL.

Saravanan berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kuil Sri Maha Kaliamman di Jalan Cochrane di sini yang kononnya akan dirobohkan oleh DBKL bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

"Saya sudah bincang dengan pemaju supaya kekalkan kuil ini di sini kalau boleh, dan meminta mereka mengkaji semula pelan mereka tetapi pemaju bukanlah nak tergesa-gesa.

"Mereka memahami peranan atau kehendak masyarakat India, mereka akan buat secara situasa menang-menang.

"Sekiranya tidak boleh juga, ia akan ditempatkan semula di sekitar ini (kawasan) juga," katanya.

Saravanan juga berkata notis penempatan semula akan dikeluarkan oleh DBKL kepada pihak pengurusan rumah ibadat yang dibina di tanah milik kerajaan sekirannya tapak bangunan itu terlibat dengan projek pembangunan.

Awal bulan ini penduduk sekitar Seksyen 90, Kampung Pandan diberi, tempoh sehingga 17 April ini sebelum kerja pengosongan tanah dijalankan pada 18 April.

Ekoran itu mereka merayu kepada Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan agar tidak merobohkan Kuil Sri Maha Kaliamman yang telah menjadi lokasi ibadah penganut agama Hindu sejak 1967.

Tapak kuil itu adalah hak milik Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri dan akan dibangunkan untuk tujuan komersial.

Ia terletak dalam pelan pembinaan bawah tanah sistem pengangkutan berkapisiti tinggi (MRT). -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan