Calon BN Samariang Bidas Sikap Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali membidas sikap pembangkang apabila mengajar pengundi supaya bersikap hipokrit dan berpura-pura.

Menurut beliau, sikap terdesak pembangkang itu amat dikesali apabila meminta rakyat mengundi Pakatan Rakyat walaupun menerima banyak kemudahan yang disediakan kerajaan BN.

"Tak payah sibuk tukar (parti), parti kita sudah banyak buat perubahan.

"Sikap pembangkang cukup terdesak bila minta rakyat undi mereka namun suruh rakyat dapatkan pertolongan kerajaan, mereka ajar rakyat jadi hipokrit...ini sikap sebenar mereka," katanya ketika ditemui ketika berkempen di Kampung Semerang Padi 1, di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian merujuk kepada modal kempen pembangkang apabila meminta pengundi memberi undi kepada mereka namun pada masa yang sama mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Selain itu ditanya mengenai perkembangan kempen pilihan raya yang masuk hari ketujuh hari ini, beliau berkata sambutan yang diberikan rakyat begitu menggalakan namun menegaskan masih banyak perlu diberi perhatian terutama bagi menangkis pelbagai dakwaan pembangkang.

"Sikap pengundi pada tahap ini begitu baik, mereka memahami setiap penerangan yang kita berikan.

"Insya-Allah dengan kerja kuat dalam masa beberapa hari lagi, kita harapkan sikap pengundi yang baik ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan