Anggaran Kerugian Kastam Hanya RM 2 Bilion -Khalid

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) pada Rabu menjelaskan bahawa pihaknya hanya kerugian anggaran RM2.2 bilion daripada RM10 bilion duti import yang sepatutnya dikutip setiap tahun.

Ketua Pengarah KDRM Mohamed Khalid Yusuf berkata ini bertentangan dengan laporan akhbar tertentu yang mengaitkan RM108 bilion dengan siasatan terhadap KDRM.

Beliau berkata perkara sebenar ialah jumlah RM108 bilion itu adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.

"Kami (kastam) hanya dapat mengutip sejumlah RM7.8 bilion tahun lepas yang mana kami kerugian lebih kurang RM2.2 bilion lagi. Jadi tidak tepatlah bahawa kerugian RM108 bilion itu hanya daripada kastam, tapi ia juga libatkan pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan yang lain," katanya selepas menghadiri seminar kerjasama kastam-sektor swasta di sini, Rabu.

Beliau berkata kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih dianggap rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum.

Mohamed Khalid berkata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dijangka mengumumkan minggu depan mengenai laporan media yang salah melaporkan bahawa wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lepas, sebaliknya wang itu ditemui di beberapa lokasi berlainan.

"Kami (kastam) perlu membersihkan nama baik penguatkuasa ini kerana jelas laporan (wang berselerak) itu memburukkan nama kami," katanya.

Khalid dalam pada itu memaklumkan bahawa 20 pegawai kastam turut terlibat dalam Operasi 3B (3 bilion) yang bertujuan memastikan kutipan kerajaan melalui aktiviti pengimportan dapat memberikan hasil sejumlah tiga bilion.

"Ada enam agensi turut terlibat dalam operasi ini, iaitu Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Kastam, Ketua Polis Negara, Ketua Pegawai Eksekutif Cukai Pendapatan dan SPRM sendiri.

"Dengan penglibatan semua agensi ini, ia membuktikan bahawa kita tidak 'compromise' dan telus dengan mana-mana pihak dan tahan atau siasat siapa sahaja yang terlibat dalam sebarang penyelewengan," katanya.

Beliau berkata 20 pegawai kastam yang terlibat dalam operasi itu mempunyai kepakaran dalam bidang import-eksport, program komputer dan forensik.

Dalam operasi 3B baru-baru ini, seramai 62 pegawai kastam ditahan SPRM dan pada 6 April, Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan