Warga Emas Gembira Dapat Taraf Warganegara

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kiew Kee Yean menunjukkan sijil warganegara yang baru diperolehinya. Foto THE STAR Oleh: ZULAZHAR
Kiew Kee Yean menunjukkan sijil warganegara yang baru diperolehinya. Foto THE STAR Oleh: ZULAZHAR

KUCHING: Tiada perkara yang paling menggembirakan hati seorang warga emas, Kiew Kee Yean @ Khiew Kee Jan, 72, apabila penantiannya selama 38 tahun untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia berakhir hari ini.

Bapa kepada enam anak itu merupakan salah seorang daripada empat penerima sijil kewarganegaraan yang diserahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dalam satu program kendalian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sarawak di sekitar bandar raya ini pada Selasa.

Kee Yean yang berasal dari Betong, Sarawak itu berkata, dia sudah mengemukakan sebanyak 30 permohonan untuk taraf kewarganegaraan sejak 1973 selepas hanya menerima Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (Merah).

"Dengan status warganegara ini, saya tidak lagi perlu berdepan dengan pelbagai kerumitan seperti mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana meluluskan permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas menerima sijil kewarganegaraan itu di sini, Selasa.

Pemilik kedai kopi yang sudah diusahakan selama 34 tahun itu memiliki kad pengenalan berwarna biru sebelum melarikan diri ketika insiden Konfrontasi 1963.

Bagaimanapun, Kee Yan kembali semula ke Sarawak lima tahun kemudian dan menerima kad pengenalan berwarna merah (pemastautin tetap) ketika berada di dalam kem tahanan selama tiga tahun lapan bulan dan dibebaskan pada 1971.

"Kesemua anak saya tiada apa-apa masalah dan memiliki kad pengenalan kerana isteri saya warganegara Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Abu Seman berkata, program serahan sijil dari rumah ke rumah tersebut dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya mengutip dokumen yang dipohon bagi mengelak lambakan MyKad dan MyKid yang tidak dituntut.

"Sehingga Mac 2011, sebanyak 108 sijil pengenalan taraf, 127 sijil kewarganegaraan secara daftaran dan dua sijil warganegara secara masukan masih lagi belum dituntut sama ada di ibu pejabat, JPN negeri Sarawak ataupun di pejabat cawangan di mana pemohon mengemukakan permohonan," katanya.

Jelas beliau, sebanyak 49 permohonan pengesahan taraf manakala 76 permohonan kewarganegaraan secara daftaran dan 10 permohonan kewarganegaraan secara masukan diterima JPN negeri Sarawak dari tempoh Januari hingga Mac 2011.

"Kita akan mempercepatkan mana-mana proses permohonan sijil kewarganegaraan. Setiap permohonan akan diproses dan kelulusan boleh diberikan dalam tempoh dua tahun jika semua dokumen lengkap dikemukakan," jelasnya.

Abu Seman berkata, sejumlah 62,000 kes antara 2009 hingga 2010 melibatkan permohonan MyKad di seluruh negeri berjaya diselesaikan setakat ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan