"Saya Tak Akan Ikut Telunjuk Mereka Yang Gagal Urus Parti Sendiri" - Taib

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tan Sri Abdul Taib Mahmud menegaskan beliau tidak akan terperangkap dengan desakan pembangkang yang mahukannya berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam masa terdekat dengan mengumumkan tarikh khusus untuk berbuat demikian.

Malah menurutnya, beliau tidak perlu tunduk dengan tekanan pembangkang kerana perubahan kepimpinan kerajaan negeri akan dilakukan dengan teratur dan sempurna.

"Pembangkang tahu mereka tak boleh perangkap saya.

"Kami (Barisan Nasional) tidak begitu naif apabila mengatakan mahu melakukan perubahan dan kemudiannya terus nyatakan tarikh khusus," katanya kepada media di sini, Selasa.

Sebaliknya beliau turut sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa peralihan kepimpinan di Sarawak perlu dilakukan dengan teratur dan terancang.

"Kita kena buatnya dengan cara yang betul dan sempurna," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tekanan pembangkang yang menyifatkan isu peralihan kuasanya sebagai Ketua Menteri hanya sebagai modal kempen BN bagi pilihan raya Sarawak ke-10.

Pada pilihan raya yang akan diadakan pada 16 April ini, BN dijangka dapat mengekalkan penguasaannya di Sarawak dan sekaligus membentuk kerajaan.

Selain itu, Abdul Taib yang sudah mentadbir Sarawak selama 30 tahun itu berkata beliau tidak perlu tunduk kepada desakan pembangkang yang mempunyai banyak masalah dalaman.

"Saya tak akan ikut telunjuk mereka yang gagal menguruskan parti sendiri," katanya.

Ahad lalu Perdana Menteri memberi jaminan bahawa perubahan pentadbiran akan berlaku di Sarawak namun berharap rakyat bersabar kerana ia perlu dilakukan dengan teratur dan terancang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan