Sahimi Pernah Bercita-Cita Pandu Jet Pejuang - Ibu

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kapten Sahimi Ghazali, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak pada Isnin pernah bercita-cita mahu memandu jet pejuang sebelum berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ibu Sahimi, Mek Som Mustafa, 68, bagaimanapun membantah cita-cita anak keenam daripada 10 anaknya itu kerana berpendapat kerjaya tersebut sangat merbahaya dan meminta Allahyarham mencari pekerjaan lain.

"Makcik tidak setuju kerana bawa (pandu) jet ni sangat bahaya dan biarlah cari cita-cita yang lain tetapi itulah takdir namanya apabila dia (Sahimi) pergi ketika bawa helikopter.

"Memang dah minat dia nak jadi pilot sejak kecil dan makcik sekeluarga reda dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Pohon Tanjung di sini, Selasa.

Sahimi, 38, maut berikutan helikopter yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan, Sibu kira-kira 1.50 tengah hari setelah menurunkan penumpang termasuk pegawai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Allahyarham yang cedera parah di bahagian rusuk kanan dipercayai terkena serpihan kaca, meninggal dunia kira-kira pukul 8.36 malam selepas menjalani pembedahan di Hospital Sibu.

Allahyarham baru menyertai Sabah Air yang berpangkalan di Subang, Selangor sejak lebih setahun lalu dan meninggalkan isteri, Suriani Shafie, 38, dan empat anak berusia antara empat hingga 13 tahun.

Mek Som berkata anaknya itu mempunyai lesen memandu kapal terbang dan juga helikopter yang dimilikinya sewaktu berkhidmat dalam PDRM sebelum menyertai Sabah Air.

"Sewaktu kecil arwah minat sangat dengan matematik dan teknologi. Kemudian dia sambung belajar di UiTM dalam bidang Sains Komputer sehingga menyambung peringkat Master selepas itu," katanya.

Menurut Mek Som, beliau mengetahui mengenai kematian Sahimi kira-kira pukul 9 malam setelah dimaklumkan oleh anak kelimanya, Shaharuddin, 40.

"Anak-anak tak sanggup nak bagitahu awal dan bila dengar berita makcik memang terkejut sangat tetapi makcik sudah boleh terima kenyataan qada dan qadar ini," katanya.

Beliau berkata kali terakhir bertemu Sahimi kira-kira dua minggu lalu apabila anaknya itu pulang berseorangan dan tidak melihat sebarang tanda-tanda yang pelik terhadap Allahyarham.

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pohon Tanjung selepas Asar petang ini, bersebelahan kubur bapanya, Ghazali Murad yang meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Shaharuddin berkata semua urusan untuk pengkebumian adiknya itu telah siap diatur dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Muhyiddin yang melawat Sahimi ketika di Hospital Sibu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan