RM30 Juta Dibelanjakan Bantu Golongan Miskin Di Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membelanjakan kira-kira RM30 juta dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini untuk membantu golongan miskin di Sarawak, kata menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya bantuan disalurkan itu melibatkan kira-kira 12,000 keluarga berpendapatan RM520 ke bawah di negeri ini.

"Penerima ini terdiri daripada isi rumah yang telah dikenal pasti oleh ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri)," katanya semasa berucap merasmikan program ceramah "Ladies, Let's Break the Glass Ceiling" di sini, Selasa.

Pada tahun lepas, sejumlah RM103 juta dibelanjakan untuk membantu 41,040 orang miskin di negeri ini, katanya.

Shahrizat berkata daripada keseluruhan jumlah itu, sejumlah RM40 juta merupakan bantuan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Shahrizat, yang juga Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), berkata bantuan besar seperti ini hanya dapat dilakukan oleh sebuah kerajaan yang kukuh seperti BN dan bukannya parti-parti politik yang hanya tahu berjanji sahaja.

Beliau merujuk kepada kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang di Pulau Pinang dan Selangor yang sehingga ke hari ini masih gagal membela nasib rakyat kurang bernasib baik biarpun telah membuat pelbagai janji untuk membantu mereka semasa pilihan raya umum ke-12 lepas.

Berikutan itu, Shahrizat berkata kerajaan pusat pimpinan BN tampil mengeluarkan perbelanjaan besar bagi membantu rakyat miskin yang diabaikan pihak pembangkang.

Katanya rakyat di Sarawak perlu mengambil iktibar daripada keadaan yang berlaku di kedua-dua negeri itu dan tidak terjebak dengan janji manis parti-parti pembangkang ini khususnya pada masa pilihan raya ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan