Ringkasan Berita-Berita Utama Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

1. Jangkitan virus di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson dilaporkan semakin stabil tetapi 84 pelatih konstabel polis yang berada di kem itu masih dikuarantin, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

2. Sebagai insentif bagi memikat mereka di seberang laut, profesional rakyat Malaysia yang pulang ke tanahair kini layak mendapat insentif 15 peratus bagi cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun, demikian umum Datuk Seri Najib Tun Razak.

3. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menasihatkan pengundi di Bintulu agar tidak melupakan sejarah pembangunan bandar mereka dan terikut-ikut kata-kata pembangkang.

4. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berusaha menggunakan rangkaian satelit bagi transmisi siaran radio dan televisyen yang lebih jelas dan meluas di pedalaman Sabah dan Sarawak, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

5. Semua pusat hemodialisis swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini perlu mempunyai lesen menjelang akhir tahun ini atau sekurang-kurangnya pelan untuk mematuhi keperluan peraturan dalam tempoh munasabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman di Putrajaya.

6. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabang komersil Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, akan menyenaraikan perniagaan gulanya Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd, di Papan Utama Bursa Malaysia pada Julai.

7. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mempengerusikan mesyuarat agung Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia (SKUM) di pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan, kementerian di Bukit Kiara.

8. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Rang Undang-undang pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat dijangka berkuat kuasa pada Julai.

9. Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim melenting terhadap wartawan menjadi barometer bahawa sahsiah beliau sebenarnya sahsiah yang dilakonkan pada masa-masa tertentu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

10. Agensi berita China, Xinhua bersetuju untuk menubuhkan ibu pejabat rantaunya di Kuala Lumpur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

11. Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri itu telah muflis sehingga terpaksa memohon bantuan syarikat dan badan-badan berkanun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan