PRN Sarawak: Jangan Buat Keputusan Berdasarkan Emosi - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Sarawak supaya tidak membuat keputusan berdasarkan emosi ketika keluar mengundi pada pilihan raya negeri ke-10, Sabtu ini.

Beliau berkata, undi rakyat amat penting dalam menentukan hala tuju pembangunan dan kemajuan di negeri ini bagi kehidupan yang lebih terjamin.

"Buatlah pilihan tepat di depan kotak undi nanti. Anda tidak boleh membiarkan emosi mempengaruhi segala keputusan yang dibuat. Anda perlu memikirkan dari segala aspek termasuk masa depan anak cucu kelak," katanya pada majlis bersembang bersama pemimpin di Kampung Semerah Padi di sini, malam Isnin.

Menurutnya, seorang pemimpin bukan saja perlu bersikap baik tetapi memiliki kriteria seperti berwawasan tinggi, pandai berkomunikasi dan menjiwai rakyat serta bijak mengatur strategi.

"Untuk menjadi pemimpin bukan tugas mudah. Sesiapa saja mudah menabur janji kepada rakyat tetapi Barisan Nasional (BN) hanya menjanjikan sesuatu yang mampu ditunaikan. Kita tidak mahu berjanji kosong kepada rakyat seperti yang dilakukan pihak tertentu," jelasnya.

Mukhriz berkata, jika BN terus mengekalkan penguasaan di Sarawak maka program pembangunan seperti yang dijanjikan tidak akan terjejas.

"Oleh itu, berilah kemenangan besar dan jitu kepada BN. Kita perlu bersikap rasional dan memilih calon yang kita kenal. Tak kenal maka tak cinta. Jangan perjudikan masa depan anak-anak kita," katanya.

Jelas beliau, pengundi terutamanya golongan muda tidak patut termakan hasutan mengenai keburukan kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selama 30 tahun yang disuarakan pihak pembangkang dalam kempen ceramah mereka.

"Jika kita lihat sekarang ini, sebanyak 50 pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti. Tindakan itu menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu.

"Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar. Kita tidak mahu sesuatu yang belum pasti kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah kepada rakyat," ujarnya.

Selain itu, Mukhriz memberitahu lebih banyak industri sokongan di bawah program Koridor Tenaga Boleh Diperbaharu Sarawak (Score) akan diwujudkan bagi menyediakan peluang perniagaan kepada golongan muda.

"Kita lihat negeri Sarawak sudah menjadi tumpuan pelaburan asing sejak program Score dilancarkan. Sudah tentu, kewujudan industri sokongan amat diperlukan untuk menampung keperluan industri besar," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan