Jenazah Sahimi Dihantar Pulang Ke Kota Bharu

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Jenazah juruterbang, Kapt Sahimi Razali, yang maut dalam kejadian helikopter terhempas di Sibu semalam, dihantar pulang ke Kelantan dengan pesawat khas dari sini tengah hari Selasa untuk dikebumikan di kampung halamannya di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu.

Pesawat khas milik Sabah Air Aviation Sdn Bhd, majikan Sahimi, berlepas dari sini kira-kira 1 tengah hari. Turut serta dalam penerbangan itu ialah abang allahyarham Mohd Bizamuddin.

Penerbangan itu akan singgah sebentar di Johor Baharu untuk mengisi minyak dan dijangka tiba di Kota Baharu pada 7 malam.

Bizamuddin ialah satu-satunya anggota keluarga allahyarham yang tiba di sini malam semalam untuk menuntut jenazah allahyarham.

Sahimi, 38, yang menyertai Sabah Air tahun lepas meninggal dunia pada kira-kira 8.30 malam semalam akibat kecederaan dalaman selepas helikopter yang dipandunya terhempas pada kira-kira 1.50 tengah hari di Dataran Sibu, di depan Wisma Sanyan.

Beliau digegaskan ke Hospital Sibu untuk menjalani pembedahan sebelum disahkan meninggal dunia pada 8.30 malam.

Juruterbang itu merupakan satu-satunya berada dalam pesawat Bell206 itu semasa ia terhempas selepas menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bizamuddin semasa ditemui pemberita di Hospital Sibu berkata adiknya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, memulakan kerjayanya sebagai juruterbang pada 2000 dengan Unit Udara Polis, Polis Diraja Malaysia dan hanya menyertai Sabah Air tahun lepas.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Hospital Sibu dan warga kerja Sabah Air atas bantuan mereka untuk menghantar pulang jenazah adiknya.

Bizamuddin berkata kali terakhir dia bercakap dengan adiknya itu ialah pada Ahad pada kira-kira 3 petang selepas adiknya itu mendarat di Kuching dan memberitahu akan pulang ke Kuala Lumpur selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Biasanya adik saya banyak bercakap. Tetapi hari itu, dia kedengaran kurang bermaya dan kurang bercakap," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafiee Ismail berkata walaupun bedah siasat tidak dijalankan atas permintaan keluarga, penyiasatan mengenai punca nahas helikopter itu sedang dijalankan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan