Insentif Tawaran Baru Perlu Dikongsi Bersama - NUTP

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu pengetua, guru besar dan guru cemerlang yang menerima Insentif Tawaran Baru di bawah Program Transformasi Kerajaan agar berkongsi ganjaran itu bersama seluruh warga pendidik dan kakitangan sokongan di sekolah masing-masing.

Presiden NUTP Hashim Adnan berkata ganjaran insentif itu tidak patut digunakan secara individu.

"Saya khuatir jika guru yang tidak dapat insentif ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka sekaligus boleh mendatangkan masalah kepada sekolah.

"Oleh itu saya berharap insentif yang diterima guru besar dan pengetua sekolah terpilih itu dapat dikongsi bersama dengan warga pendidik dan staf bukan pendidik supaya masalah ketidakpuasan hati di kalangan mereka tidak timbul," katanya kepada Bernama.

Hashim diminta mengulas tentang keputusan kerajaan memberikan ganjaran Tawaran Baru kepada guru besar yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah yang merupakan salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu baru-baru ini berkata seramai 586 guru besar atau pengetua sekolah di seluruh negara akan menerima ganjaran Tawaran baru tersebut.

Di bawah tawaran berkenaan, setiap guru besar yang terpilih menerima insentif sebanyak RM7,500 diikuti lima peratus guru terbaik yang menerima RM1,800 manakala sebanyak RM900 untuk guru-guru lain sebanyak 12,141 orang.

Hashim yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai di Air Tawar, Perak berkata pemberian insentif itu dilihat diberi mengikut gred walaupun setiap warga pendidik di sekolah turut memainkan peranan dalam memantapkan prestasi sekolah mereka.

"Ia sepatutnya diberikan secara sama banyak kerana semua guru mengajar di sekolah yang sama. Jika insentif diberikan kepada guru tertentu sahaja mungkin ada guru lain yang sakit hati," katanya.

Sehubungan itu beliau menyarankan Kementerian Pelajaran mewujudkan satu garis panduan berhubung cara agihan insentif itu supaya dapat diagihkan secara adil kepada semua warga pendidik di sekolah berkenaan termasuk staf bukan pendidik.

Seorang guru sebuah Sekolah Kebangsaan yang enggan dikenali turut bersetuju dengan pendapat Hashim bahawa pemberian Insentif Tawaran Baru itu harus dikongsi bersama dan bukan dinikmati secara individu.

"Tidak berbaloi jika ganjaran ini diberikan kepada guru besar dan pengetua sahaja kerana mereka hanya terlibat di bahagian pentadbiran sebaliknya guru-guru yang memainkan peranan mendidik pelajar.

"Sepatutnya pemberian insentif ini harus dikongsi satu sekolah dan bukannya untuk individu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan