Felda Global Ventures Akan Senaraikan Unit Gulanya Pada Papan Utama Julai Ini - Najib

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabang komersil Kumpulan Felda, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, akan menyenaraikan perniagaan gulanya Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd, di Papan Utama Bursa Malaysia pada Julai.

Perdana Menteri berkata penyenaraian itu, yang akan menjadi yang pertama di dalam Kumpulan Felda, akan meningkatkan kedudukannya sebagai peneraju di dalam industri gula, sambil menyediakan kumpulan dengan peluang mendapat pengiktirafan di dalam pasaran modal dan membolehkannya menzahirkan pelaburannya sambil mengekalkan kawalan ke atas asetnya.

"Ini bermakna para pelabur akan mengambil bahagian di dalam industri utama dan ia merupakan perkembangan positif bagi objektif kerajaan menggalakkan pasaran modal Malaysia," kata Najib pada persidangan Invest Malaysia 2011 di sini.

Beliau juga Menteri Kewangan.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Bursa Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Zarinah Anwar, Pengerusi Kumpulan Maybank Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia yang baharu, Datuk Tajuddin Atan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Felda mengambil alih Malayan Sugar dan perniagaan berkaitan dari PPB Group Bhd pada harga RM1.25 bilion pada tahun lepas. Kumpulan Felda adalah pengeluar gula Malaysia yang dominan yang mengawal 70 peratus pasaran domestik.

Kedua-dua Felda Holdings, satu unit Felda, dan Felda Global memiliki ekuiti 50-50 di dalam Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd, manakala Felda Global memiliki 100 peratus MSM.

Najib berkata setiap penyenaraian adalah baik bagi pasaran Malaysia.

"Setiap penyenaraian yang besar adalah lebih baik, yang menarik minat para pelabur domestik dan asing, kerana kadar terlebih langganan yang besar Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan Kumpulan Petronas Chemicals - yang masing-masing 28 kali dan 17 kali menjadi bukti."

Hari ini, Kumpulan Petronas mencatatkan lebih 10 peratus permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia, yang menjadi contoh komitmen kerajaan bagi mengurangkan aktiviti perniagaannya, yang lebih baik diserahkan kepada rakyat untuk dilaksanakan dengan cara terbaik, kata Najib.

Sejajar dengan aspirasi yang ditetapkan di dalam Model Baru Ekonomi, kerajaan, dana pelabura milik negara Malaysia Khazanah Nasional Bhd dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan yang lain (GLIC), telah secara perlahan-lahan melupuskan pegangan bukan teras dan aset bukan kompetitif, yang termasuk 26 bidang tanah kerajaan.

Sekurang-kurangnya 10 syarikat yang disasarkan bagi pelupusan dijangka menyelesaikan proses berkenaan menjelang akhir tahun ini.

Sebagai tambahan, empat lot tanah kerajaan sedang dijual, yang dianggarkan mendatangkan hasil lebih RM1 bilion, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan