Elak Sentuh Isu Agama Yang Boleh Gugat Sensitiviti Masyarakat - Jamil Khir

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti pembangkang tidak harus menyentuh isu agama dalam kempen pilihan raya mereka di Sarawak yang dibimbangi boleh menggugat sensitiviti masyarakat, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. "Kita tahu negeri ini mempunyai budaya tersendiri, penuh ketenteraman, kesopanan dan penduduknya saling menghormati satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

"Nilai aset yang paling penting ini jika tidak dijaga akan menyebabkan kita tidak mampu memacu negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan kursus pendedahan guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di Pusat Latihan Sarawak di Telaga Air dekat sini, Selasa.

Beliau berkata semua rakyat perlu sama-sama menjaga negara ini yang penuh dengan kebudayaan, bangsa dan agama yang berbeza.

"Kerajaan mendukung semangat perpaduan ini yang membolehkan kita mengorak jauh ke hadapan dalam pembentukan pembangunan, memberi keselesaan kepada pendidikan anak bangsa kita tanpa mengira agama," katanya.

Jamil Khir berkata jika ada bibit ketidakpuasan dalam kalangan masyarakat dan keyakinan agama yang disalah tafsir, ia boleh menyebabkan perpecahan penduduk di negeri ini.

"Jangan nanti, oleh kerana ingin meraih kepentingan politik, masyarakat diadu-dombakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan