Semua Pulau Tidak Bernama Selesai Dinamakan Jun Ini

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Proses menamakan kira-kira 100 pulau yang belum dinamakan akan selesai selewat-lewatnya Jun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata kesemua pulau yang belum dinamakan itu terletak di Semenanjung Malaysia.

"Menurut statistik Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem), Malaysia mempunyai 878 buah pulau dan 510 entiti geografi luar pesisir seperti batuan, terumbu, permatang, tompok dan alur.

"Pulau-pulau yang telah dinamakan perlu diwarta supaya tidak mudah dituntut oleh negara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nama-nama Geografi Peringkat Negeri di sini, hari ini.

Kurup berkata tindakan mewartakan pulau-pulau yang telah dinamakan amat signifikan kerana sesebuah negara boleh menuntut sempadan perairan sehingga 200 batu nautika dari pulau terbabit, termasuk sumber ekonomi di persekitarannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Ukur Pemetaan 1 Ahmad Fauzi Nordin berkata kesemua 182 pulau yang tidak bernama di Sabah kini telah dinamakan dan akan dimaklumkan kepada Kabinet negeri sebelum dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.

Sabah mempunyai jumlah pulau terbanyak iaitu 394 buah dan merupakan antara negeri yang paling aktif menamakan pulau serta entiti geografi lain, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan