SAH: Tiada Telur Ayam Tiruan Di Negara Kita - Jab. Veterinar

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Veterinar pada Isnin mengesahkan bahawa tiada telur ayam tiruan ditemui di negara ini sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa sejak seminggu lalu.

Penemuan ini berdasarkan kajian persampelan yang dibuat.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, SM Idris dalam kenyataan medianya minggu lalu mendedahkan bahawa telur ayam tiruan telah dijual secara berleluasa di negeri itu.

Pendedahan tersebut telah mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna di negeri berkenaan dan juga di seluruh negara.

Ekoran daripada itu, Jabatan Veterinar telah mengambil daya usaha untuk mengenalpasti apakah dakwaan tersebut benar atau tidak.

Sementara itu, analisis Deoxyribonucleic acid (DNA) yang dijalankan oleh Jabatan Kimia ke atas empat sampel telur ayam dari Pulau Pinang mendapati telur berkenaan adalah tulen.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan analisis itu mendapati kandungan protein sampel telur tersebut adalah sama dengan telur ayam.

"Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai isu "telur tiruan" yang disiarkan oleh media baru-baru ini.

Liow berkata menerusi penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk utama negara, Kementerian Kesihatan memberi jaminan tahap keselamatan serta kualiti makanan yang dibawa masuk ke negara ini adalah pada tahap terkawal.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak bimbang dan memohon kerjasama mereka untuk tampil membuat aduan jika meragui tentang ketulenan telur berkenaan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Daerah yang berdekatan atau melalui lama web di http://fsq.moh.gov.my.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan