PRN Sarawak: Rakyat Jangan Keliru Dengan Pembohongan Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Rakyat dinasihatkan supaya tidak terkeliru dengan pembohongan yang dilakukan pembangkang berhubung kenaikan harga barang khususnya minyak terutama apabila tibanya musim pilihan raya Sarawak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembangkang cuba memperdaya rakyat apabila mengatakan harga minyak semakin naik terutamanya di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, rakyat perlu membezakan jenis minyak yang menghadapi kenaikan harga serta minyak yang digunakan untuk kegunaan harian.

"Harga minyak apa yang naik? Pembangkang kata minyak naik, orang kampung sudah keliru, yang naik itu RON97 warna hijau.

"Tidak sampai 10 peratus penggunaan minyak RON97 di Sarawak, ia hanya terdapat di tiga bahagian iaitu Kuching, Miri dan Sibu. Tempat lain tak ada pun stesyen RON97.

"Tapi pembangkang datang Sarawak mengatakan minyak naik, seolah-olah semua minyak naik. Minyak diesel untuk kegunaan orang ramai tidak naik, minyak RON95 yang warna kuning pun tak naik," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai modal kempen pembangkang pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang menyalah kerajaan kononnya gagal mengawal kenaikan harga minyak hingga membebankan rakyat.

Tambah beliau, kerajaan memberi subsidi sebanyak 84 sen seliter bagi minyak jenis RON95 dan RM1.04 seliter bagi RON97.

"Jadi janganlah terpedaya, pembangkang tidak kata (harga) RON97 (naik) tapi mereka hanya kata harga minyak naik.

"Penggunaan rakyat biasa masih lagi RON95 walaupun harga minyak dunia meningkat tinggi, tapi kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak RON95 dan diesel bagi memastikan kesannya kepada rakyat tidak dirasai," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan