PRN Sarawak: Pengeluaran Permit Kempen Seimbang

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengeluaran permit untuk berkempen semasa pilihan raya negeri Ke-10 yang dipohon parti Barisan Nasional, Bebas dan parti pembangkang sehingga hari ini adalah seimbang, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh.

"Jadi tidak wujud sebarang isu mengenai pengeluaran permit. Jumlah semua parti yang memohon permit adalah seimbang. Sehingga hari ini, kita mengeluarkan sekurang-kurangnya 900 permit untuk berkempen pada pilihan raya negeri kali ini," jelasnya.

Menurut beliau, permit yang dipohon dikeluarkan tanpa sebarang kekangan dan setakat ini pihaknya terpaksa menolak satu atau dua permit kerana berlaku pertindihan masa, hari dan tempat kempen diadakan.

Tindakan itu diambil agar tidak timbul provokasi sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Mohmad berkata, selepas hari keenam berkempen, tiada sebarang insiden buruk dilaporkan berlaku dan pihak polis mendapat kerjasama baik daripada setiap parti yang bertanding.

"Status keselamatan negeri Sarawak masih lagi dalam keadaan tenang dan terkawal mesikupun ceramah semakin bertambah dari semasa ke semasa.

"Walaupun ada segelintir pihak yang mengadakan ceramah tanpa permit, kita minta mereka hentikan perhimpunan itu dan mengemukakan permohonan keesokan harinya," katanya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, 12 laporan diterima berhubung kes kianat pada poster yang akan disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Kes poster BN yang disimbah cat sebelum ini turut disiasat di bawah kanun itu manakala kes lain hanya membabitkan kesalahan kecil iaitu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," ujarnya.

Mengulas mengenai isu samseng yang didakwa mengganggu sesetengah pihak, Mohmad berkata, tiada sebarang laporan rasmi diterima berhubung insiden itu.

"Oleh itu, saya menggesa orang ramai yang menerima ugutan daripada mana-mana pihak supaya membuat laporan segera kepada pihak kami bagi memudahkan siasatan.

"Kita tidak mahu cakap-cakap di luar sana yang digembar-gemburkan akan mengganggu kelancaran perjalanan pilihan raya kelak," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu seramai 6, 591 anggota polis yang bertugas di Semenanjung Malaysia dan Sabah akan memulakan proses pembuangan undi pos pada Rabu.

"Kertas undi sudah dibawa ke balai polis sejak semalam dan mereka akan mengundi pada Rabu seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan