Peruntukan RM10.65 Juta Untuk Tingkatkan Bekalan Air Dirawat Di Miri

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Dana berjumlah RM10.65 juta telah diperuntukkan bagi fasa pertama projek menyalurkan sumber air dari Batang Baram ke dua loji rawatan di sini dalam usaha meningkatkan bekalan air dirawat di Miri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) Datuk Seri Peter Chin berkata projek itu adalah bahagian permulaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memenuhi peningkatan permintaan air dirawat di Miri menjelang 2020.

Fasa pertama projek itu membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 6.6 kilometer dari Batang Baram sehinggalah ke loji rawatan di Sungai Liku dan Bakong di sini, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kettha Bersama Pelanggan di sini hari ini.

"Kami mahu memastikan penduduk Miri tidak akan berdepan kekurangan bekalan air terutamanya semasa musim kemarau panjang seperti sebelum ini," kata Chin, yang juga Anggota Parlimen Miri.

Beliau berkata satu lagi projek yang sedang dilaksanakan di Miri ketika ini ialah loji rawatan kumbahan pusat berharga RM20 juta yang terletak di Tudan, kira-kira 20 kilometer dari bandar raya ini.

Projek itu yang dijangka siap menjelang Jun tahun ini akan menambah baik sistem rawatan kumbahan di bandar raya ini untuk menggantikan kaedah tangki septik individu yang digunakan sekarang, kata Chin.

Beliau berkata kementerian itu turut bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Miri (MCC) untuk menggantikan lebih 17,000 lampu jalan 'high sodium' dengan lampu 'Light Emitting Diode (LED)' mulai tahun ini.

"Ketika ini, majlis bandar raya itu mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan yang lain seperti JKR (Jabatan Kerja Raya) dan Sesco Sdn Bhd (syarikat pembekal elektrik Sarawak) berhubung isu berkaitan kadar dan bidang kuasa sebelum mereka boleh meneruskan projek itu," katanya.

Selain MCC dapat menjimatkan bil elektrik dengan banyak, Chin berkata perkara yang lebih penting ialah mereka boleh menyumbang ke arah penjimatan penggunaan tenaga dan menjadikan Miri sebuah bandar raya mesra alam. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan