"Misi Saya Jadikan MIC Parti Untuk Rakyat" - Palanivel

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk G.Palanivel berkata, beliau mahu menjadikan MIC sebagai parti untuk rakyat yang boleh membawa perubahan besar untuk mereka.

Beliau berkata, masyarakat India mengharapkan perubahan besar dari segi politik, dasar dan program menerusi MIC dan ia giat berusaha ke arah memenuhi aspirasi itu.

Menurutnya, proses pendemokrasian parti hingga di peringkat akar umbi juga sedang dilakukan oleh MIC yang menjurus kepada perubahan radikal tetapi dilakukan secara berperingkat-peringkat.

"Saya sebagai pemimpin berhasrat memberi nafas dan semangat baru kepada MIC...kita masih relevan," katanya semasa ditemu bual dalam program "Kerusi Panas" Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini, hari ini.

Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata masyarakat India menghadapi masalah dan cabaran seperti kemiskinan dan sebagai Presiden MIC beliau turut menghadapi tugas besar menangani cabaran-cabaran itu.

"Saya hadapi banyak cabaran. Kerusi saya sebagai presiden bukan kerusi sejuk...tapi kerusi panas seperti program ini," katanya yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri S.Samy Vellu empat bulan lepas.

Beliau menambah, MIC juga giat meningkatkan hubungan dengan golongan profesional masyarakat India dalam usaha membina keyakinan golongan ini terhadap parti itu.

Mengenai pendekatan beliau dalam pemilihan parti, Palanivel berkata beliau akan mengikut cara demokrasi dan sesiapa yang layak boleh bertanding termasuk mencabar beliau untuk jawatan presiden.

Beliau juga meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar memberi bantuan kewangan segera kepada pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana ramai pemohon masyarakat India yang layak masih menunggu berikutan terpaksa melalui pelbagai proses penilaian.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan