Kesemua Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu Dibenarkan Pulang - Berita Semasa | mStar

Kesemua Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu Dibenarkan Pulang

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Banjir di daerah Hulu Terengganu kini pulih sepenuhnya dengan semua mangsa banjir yang dipindahkan semalam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah Hulu Terengganu ketika dihubungi berkata 255 mangsa yang ditempatkan di empat pusat pemindahan semalam sudah dibenarkan pulang awal pagi tadi.

Hujan lebat sejak awal pagi semalam menyebabkan beberapa kampung di daerah itu ditenggelami air, antaranya Kampung Pelandang, Kampung Cheting dan Kampung Beris.

Sementara itu, jalan yang ditutup kerana ditenggelami air sedalam 0.5 meter hingga 1.3 meter petang semalam sudah dibuka kepada semua jenis kenderaan pagi ini.

Jalan-jalan berkenaan ialah jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang di Kampung Perih, jalan Kuala Berang ke Felda Mengkawang berhampiran Kampung Lubuk Periuk dan Jalan Kuala Berang ke Sungai Tong berhampiran Kampung Kuala Ping. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan