600 Kedai Runcit Akan Sertai Program TUKAR

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebanyak 600 kedai runcit tradisional di negara ini dimodenkan menerusi Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) pada tahun ini, kata timbalan menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Katanya, program TUKAR merupakan Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan tahap daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.

"Peniaga kedai runcit ini akan dibantu oleh perunding yang telah bekerjasama dengan kerajaan iaitu pasar raya Tesco, Carrefour, Mydin, AEON Co (M) Bhd, Giant dan Econsave secara percuma," katanya kepada pemberita selepas berdailog dengan Persatuan Pekedai Barang-barang Runcit negeri Perak di sini hari ini.

Katanya, Program Tukar dengan peruntukan RM30 juta daripada kerajaan itu diwujudkan selepas mendengar luahan hati serta masalah yang dihadapi peniaga kedai runcit yang sukar bersaing dengan pasar raya.

Menurut beliau, kementeriannya telah menerima lebih 900 permohonan daripada pekedai runcit untuk menyertai program TUKAR.

Tan juga berkata, peniaga juga diberi kemudahan ubah suai kedai runcit mereka melalui pembiayaan pinjaman dari Bank Rakyat dengan pinjaman antara RM20,000 dan RM60,000.

Beliau menjelaskan, di bawah program Tukar itu, bukan sahaja kedai runcit dimodenkan malah ia juga merangkumi aspek modal insan, mesin dan peralatan, kemahiran dan prosedur operasi standard (SOP) termasuk susun atur barangan serta inventori.

"Setakat ini 24 kedai runcit di seluruh negara telah dimodenkan dan mereka telah menikmati peningkatan pendapatan daripada RM1,700 sehari kepada RM2,500 hingga RM4,000 sehari," katanya.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan pemodenan operasi 5,000 daripada 50,000 peniaga runcit di seluruh negara menjelang 2020 menerusi program itu.

Pemilik kedai runcit boleh memohon terus kepada pihak pasar raya besar yang terlibat sebagai perunding atau menghubungi pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di peringkat negeri atau cawangan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan