27 Bekas Pegawai Tinggi PDRM Terima Pingat Kebesaran Sultan Pahang

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Seramai 27 veteran Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk enam dari Sarawak, dikurniakan darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-80.

Istiadat di Istana Abu Bakar di sini petang ini dimulakan dengan pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 15 veteran polis.

Antara mereka ialah SAC I (B) Zainal Ibrahim, SAC I (B) Khaw Miang Hua, SAC I (B) Foong Yee, SAC I (B) Sonny Tait, SAC II (B) Mohd Yunus Tahir, SAC II (B) Foong Yee Kai dan SAC II (B) Robert Lim Kwong Heng.

Lain-lain penerima terdiri daripada SAC II (B) Cheong Kwai Leong, SAC II (B) Kahar Kassim, SAC II (B) Wong Kie Kiong, SAC II (B) Micheal Khor Siang Pin, mendiang SAC II (B) V. Ramasamy, ACP (B) Abdullah Abdul Hamid, ACP (B) Abdul Jalil Dali dan ACP (B) Chung Choong Soon.

Sementara itu tujuh orang veteran PDRM dikurniakan darjah Setia Ahmad Shah (SAP) manakala lima lagi individu dianugerahkan darjah Setia Mahkota Pahang (SMP). Turut hadir pada istiadat itu adalah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Salah seorang penerima pingat DIMP, SAC II (B) Wong Kie Kiong, 82, yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau terharu dengan pengurniaan Sultan Pahang itu.

Veteran polis kelahiran Kuching, Sarawak itu berkhidmat dalam PDRM selama 33 tahun sebelum bersara pada pada tahun 1986 dan sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah berjuang mempertahankan negara daripada anasir komunis di negeri kelahirannya dan juga semenanjung.

"Saya harap belia hari ini sentiasa mengingati perjuangan kami dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara, kerana hari ini kami lihat ramai anak muda yang melupai perjuangan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan