Semua 213 Calon Pilihan Raya Sarawak Kekal Bertanding Pada 16 April Ini

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kesemua 213 calon, termasuk 41 calon Bebas, yang mencalonkan diri untuk bertanding di kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Pilihan Raya Negeri yang ke-10 Sabtu ini, kekal bertanding.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata sehingga tempoh menarik diri berakhir pada pukul 12 tengah malam tadi, tiada calon yang mengemukakan permohonan untuk menarik diri.

Dengan itu, SPR telah mengarahkan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) cawangan Kuching mencetak kertas undi untuk kesemua calon itu, katanya kepada pemberita menerima Buku Undi Pos daripada PNMB di sini, Ahad.

Pengarah Urusan PNMB Izham Yusoff berkata pihaknya telah mencetak kertas undi bagi 18,363 pengundi pos pada pukul 12.01 malam tadi, sebaik sahaja menerima pengesahan SPR mengenai calon-calon yang bertanding.

"Kita telah terima nama calon tetapi terpaksa menunggu pengesahan SPR terlebih dahulu. Kami dapat siapkan kira-kira pukul 7 pagi ini menggunakan kira-kira 40 pekerja," katanya.

Beliau berkata cetakan bagi kertas undi yang lain akan dijalankan secara berterusan dan dijadual siap dalam masa terdekat.

Izham berkata proses mencetak kertas undi ini dijalankan mengikut standard ditetapkan, dan juga perlu mempunyai kemampuan mencetak mengikut tempoh yang ditentukan.

Sementara itu, Pengarah SPR negeri berharap kesemua kertas undi dapat disiapkan oleh PNMB selewat-lewatnya pada 14 April memandangkan ia perlu dihantar ke kawasan pedalaman. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan