Pembangkang Bankrap Politik Dan Hipokrit - Taib

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata pakatan parti pembangkang hanya pandai bercakap dan mengkritik kerajaan Sarawak sedangkan mereka sendiri tidak pandai menguruskan negeri yang ditadbir mereka seperti Pulau Pinang dan Selangor.

Pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS merupakan pemimpin yang hipokrit, kononnya mahu membela nasib rakyat di Sarawak namun rakyat di negeri sendiri terabai, katanya semasa melancarkan projek pembangunan tanah hak adat Bumiputera (NCR) Selepin-Bok Bakong di Beluru dekat sini, Ahad. "Tengok di Pulau Pinang, Lim Guan Eng (Ketua Menteri) mendakwa mereka sudah berjaya memajukan Pulau Pinang, tapi sebenarnya kemajuan itu adalah hasil Ketua Menteri sebelum ini (ketika pemerintahan Barisan Nasional)," katanya.

Mengenai isu pengurusan tanah terutamanya tanah NCR di Sarawak, Taib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menjalankan pelbagai projek untuk memajukan tanah tersebut demi kesenangan rakyat.

Beliau berkata ini berbeza dengan keadaan di Pulau Pinang yang tidak ada tanah NCR dan pengalaman membangunkan kawasan tersebut, oleh itu mereka tidak berhak mengkritik kerajaan Sarawak yang berpengalaman dalam membangunkan tanah NCR.

Malah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang 30 tahun berada dalam BN dan juga semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan pada tahun 1990-an telah gagal membawa sebarang kemajuan untuk Sarawak.

"Satu sen pun geran tidak keluar daripada Anwar (Datuk Seri) bila dia menjadi Menteri Kewangan, dia hanya pandai cakap, tapi tak buat kerja tengoklah di Permatang Pauh, bandar Betong lebih maju," katanya.

Mengenai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Taib berkata parti tersebut yang sudah ditolak rakyat pada pilihan raya negeri 2006 tidak mampu menandingi B Nyang mempunyai lebih banyak pemimpin yang mengetahui kehendak rakyat Sarawak.

Katanya janji pembangkang pada pilihan raya kali ini hanya untuk meraih sokongan serta undi rakyat dan mereka sebenarnya tidak mampu menunaikan janji itu walaupun menang pilihan raya nanti.

Taib mengingatkan rakyat khasnya kaum bumiputera agar terus bekerjasama dengan kerajaan dalam membangunkan tanah NCR untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan