Parti Komponen BN Sabah Diminta Ketepikan Perbezaan

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin pada Ahad menyeru semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah agar mengetepikan segala perbezaan dan menumpukan kepada persediaan pilihan raya umum ke-13.

Yahya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata sekarang adalah masa untuk melupakan perkara silam serta mengukuhkan perpaduan demi mencapai matlamat masa depan BN.

"Saya ingat kita semua lupakanlah semua perbezaan-perbezaan kita itu, ketepikan perbezaan-perbezaan yang ada apalagi perbezaan itu di masa lampau," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pelbagai pihak sama ada yang mengkritik mahupun menyokong Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berhubung tindakannya membawa keluar PBS daripada BN pada 1990.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Pairin dalam kenyataan pertamanya sejak PBS kembali kepada BN pada 2002, mengakui berasa kesal membawa parti itu keluar BN sekalipun tindakan tersebut adalah atas persetujuan semua pihak berkaitan.

Isu itu kembali segar apabila disentuh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam buku autobiografinya 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad', yang kini di pasaran.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam respons kepada kenyataan Pairin menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah itu sebagai pengiktirafan bermakna kepada BN selain menunjukkan keikhlasan beliau sebagai ahli politik berpengalaman.

Mengulas lanjut isu itu, Yahya berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman agar semua parti komponen menumpukan kepada masa depan BN.

"Kita tumpukan kepada menyediakan setiap parti komponen menghadapi pilihan raya, itu saja. Sebab matlamat sebenarnya ialah untuk menang semua (kerusi) pilihan raya akan datang di Sabah untuk BN," katanya selepas menutup kursus anjuran Umno di Pusat Latihan RELA, dekat sini.

Sementara itu mengulas mengenai Kursus Pemantapan dan Transformasi Organisasi hari ini, Yahya yang juga Ketua Umno Bahagian Putatan berkata kursus tersebut disertai kira-kira 260 pemimpin akar ubi dari sayap Wanita, Pemuda, Puteri Umno bahagian terbabit.

Kursus itu bertujuan memantapkan perpaduan, kekuatan dan persediaan jentera parti Umno untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Setakat ini lebih dari setengah (daripada 47 siri) telah dilaksanakan. Kita harap tidak lama lagi semua bahagian Umno di seluruh negeri akan melalui kursus ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan