Najib Hadiri Majlis Keramaian 1Malaysia Di Kuching

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Majlis Malam 1Malaysia di sini esok, dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah majlis keramaian di mana golongan muda boleh menikmati hiburan dalam semangat 1Malaysia, kata pengerusi penganjur majlis itu Datuk Fadillah Yusof.

Fadillah, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata majlis di Padang Merdeka di sini akan menjadi venue untuk golongan muda berinteraksi dalam suasana aman dan harmoni di samping beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin negara.

"Perdana Menteri dan Ketua Menteri (Sarawak) Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan hadir pada majlis itu kerana mereka tahu akan pentingnya mendekati golongan muda," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau berkata acara kemuncak pada majlis itu ialah konsert yang menampilkan artis dari Sarawak dan Semenanjung serta penghibur dari Taiwan.

Walaupun majlis itu dianjurkan untuk umum, beliau berkata banyak pertanyaan diterima oleh penganjur, Pemuda BN Kebangsaan, mengenai sama ada tiket akan dijual pada malam acara itu berlangsung.

Bagaimanapun, katanya acara itu dianjurkan secara percuma.

Malam 1Malaysia adalah antara aturcara yang diadakan sempena lawatan dua hari Najib ke negeri ini, termasuk sesi "pemimpin bersama rakyat" dan program tinjauan mesra di Stutong di sini serta di Saratok, Beladin, Spaoh dan Lubok Antu di Bahagian Betong.

Kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak mengenai golongan muda yang merupakan kira-kira 42 peratus populasi, menunjukkan mereka lebih berminat dalam muzik dan sukan daripada politik.

Kajian itu juga mendapati hanya sesuku daripada responden berminat dalam perkembangan politik negara tetapi tahu mengenai pembangunan semasa menerusi maklumat di laman sosial, akhbar dan televisyen. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan