Kerajaan Pusat Salur RM19 Juta Atasi Isu Air Kelantan - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kegagalan syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyalurkan bekalan air bersih kepada pengguna menyebabkan kerajaan pusat mengeluarkan peruntukan yang lebih bagi membantu rakyat negeri itu.

Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tahun ini, kerajaan Persekutuan menyalurkan RM19 juta kepada Jabatan Kesihatan Kelantan bagi menyelesaikan masalah air bersih di kawasan kritikal.

"Ini penyelesaian sementara, (penyelesaian) yang kekal sepatutnya melalui AKSB. Jika AKSB benar-benar dapat menyelesaikan masalah itu peruntukan dari kerajaan pusat ini sepatutnya boleh diguna untuk pembangunan lain di negeri ini antaranya membina beberapa sekolah.

"Sebab itu kita amat dukacita dengan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Kesihatan Kelantan, di sini Ahad.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pihaknya sedang menyenaraikan semula kawasan kritikal yang memerlukan penyaluran air bersih mengikut keutamaan.

Dalam perkembangan lain, Mustapa yang juga Anggota Parlimen Jeli turut dukacita dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang mendakwa Kelantan bebas dan bersih daripada sebarang penyelewengan termasuk rasuah.

Katanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu tidak mencerminkan keadaan yang berlaku di Kelantan, yang mana masih banyak isu belum dijawab kerajaan negeri dan menimbulkan keraguan rakyat seperti isu Ladang Rakyat dan Bazar Tok Guru.

"Saya setuju kita guna pendekatan Islam untuk selesai masalah termasuk rasuah (sebagaimana yang diminta Nik Aziz) tetapi kalau kata Kelantan semua bersih (dari penyelewangan dan rasuah, kita tak setuju.

"Rakyat Kelantan nak tahu Ladang Rakyat, Bazar Tok Guru...bahawa Kelantan bebas dari penyelewengan. Rakyat Kelantan nak tahu...(tapi) semua tergantung, jangan menuding jari pada kerajaan pusat sahaja," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilapor kesal dengan situasi terkini berhubung isu rasuah melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan