Kenyataan Pairin Satu Pengiktirafan Buat Barisan Nasional - Najib

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Kenyataan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang kesal dengan tindakannya membawa parti itu keluar dari Barisan Nasional (BN) pada 1990 merupakan satu pengiktirafan bermakna buat BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebagai ahli politik berpengalaman, kenyataan Pairin itu jelas menunjukkan bahawa hanya melalui kerjasama Barisan Nasional, parti itu boleh membawa lebih kemajuan kepada komuniti yang diwakilinya.

"Saya nampak Tan Sri Pairin ikhlas, maknanya sebagai seorang ahli politik beliau sedar bahawa kalau mereka kekal dalam BN maka banyak usaha dapat kita lakukan untuk kepentingan rakyat terutama sekali komuniti yang diwakili PBS.

"Dengan apa yang telah dan hendak kita lakukan iaitu, untuk menentukan dasar-dasar dan pelaksanaannya bersifat lebih inklusif, adil dan saksama, saya percaya rakyat Malaysia yang inginkan segala manfaat dan masa depan yang lebih baik untuk negara, maka pilihan terbaik ialah untuk terus menyokong BN," katanya ketika mengulas kenyataan Presiden PBS itu.

Najib berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League (1MCC-JFL) di Pusat Penyelidikan Getah, Sungai Buloh dekat sini, Ahad.

Dalam kenyataan pertamanya berhubung isu itu, Pairin yang bertindak membawa PBS keluar daripada BN menjelang pilihan raya umum 1990 dilaporkan berkata, walaupun keputusan itu dipersetujui semua namun tetap merasa kesal atas tindakannya itu.

PBS bagaimanapun kembali menyertai BN pada tahun 2002.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan beberapa laman blog pro pembangkang yang menyifatkan kekerapan Perdana Menteri melawat Sarawak kononnya BN tergugat menjelang hari pengundian pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, Najib berkata lawatannya itu bukanlah satu perkara luar biasa.

Beliau berkata apa yang dilakukannya adalah atas rasa tanggungjawab sebagai Presiden BN dan Perdana Menteri untuk turun melawat setiap kawasan sama ada semasa pilihan raya kecil mahupun pilihan raya negeri.

"Sarawak merupakan sebuah negeri yang begitu luas, mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kalau nak melawat semua memerlukan banyak hari kerana jaraknya yang jauh antara satu kawasan dengan kawasan lain.

"Jadi apa yang saya lakukan tidaklah merupakan satu perkara yang luar biasa dan perkara itu biasa saya lakukan,"katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan