Daud Cabar Kit Siang Letak Jawatan - Berita Semasa | mStar

Daud Cabar Kit Siang Letak Jawatan

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman mencabar penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya meletak jawatan atau setidak-tidaknya menetapkan satu tempoh untuk berundur daripada politik.

Beliau berkata, Kit Siang sudah menerajui pucuk kepimpinan DAP sejak sekian lama dan masih berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur.

"Jadi dia termasuk Karpal Singh dan Nik Aziz perlu menetapkan satu tempoh untuk meninggalkan politik memandangkan Ketua Menteri sudah menyuarakan hasratnya untuk bersara," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Menurutnya, tempoh pemerintahan Tan Sri Abdul Taib Mahmud selama 30 di Sarawak bukan lagi menjadi satu isu, sebaliknya Kit Siang cuba meluaskan empayar mereka di Semanjung dan Sarawak untuk kepentingan politiknya.

Kit Siang masih bertugas sebagai ahli parlimen manakala anaknya, Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jelas beliau, Kit Siang tidak perlu meracuni fikiran penduduk berhubung tempoh pemerintahan Taib yang lama kerana beliau sendiri turut enggan melepaskan jawatannya pada hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu agama yang dibangkitkan pihak pembangkang pada kempen pilihan raya ini, Daud berkata, masyarakat di Sarawak bebas dan tiada halangan untuk mengamalkan pegangan agama masing-masing

"Orang Islam boleh membina masjid di mana saja manakala begitu juga dengan orang Kristian. Jadi tidak timbul isu pembinaan masjid dan gereja di sini. Begitu juga, isu cara penggunaan bible di sini. Ia sudah selesai dan telah dipersetujui kerajaan," katanya.

Daud berkata, sesiapa saja tidak dibenarkan untuk membangkitkan isu agama dan perkauman dalam kempen mereka kerana ia begitu sensitif dan boleh memecahkan perpaduan rakyat di negeri ini.

"Kita hidup dengan penuh harmoni tanpa mengira bangsa dan agama. Oleh itu, kita tidak mahu diganggu 'hantu dan jembalang' dari Kuala Lumpur yang akan balik selepas tamat pilihan raya nanti," ujarnya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan