Anwar Bimbang SNAP Ganggu Undi Pakatan

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertindihan kerusi yang ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada pilihan raya Sarawak hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, beliau bimbang kejayaan SNAP memancing undi terutama di kawasan yang turut ditandingi PKR akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan pembangkang dan seterusnya menggagalkan usaha menumbangkan BN.

Kebimbangan itu dibangkitkan Anwar yang juga Penasihat PKR pada hari kelima kempen pilihan raya Sarawak ke-10.

"Tentunya saya rasa bimbang kerana kejayaan SNAP hanya akan memecahkan undi pembangkang dan akhirnya membantu (kejayaan) BN," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Selain itu katanya, PKR dan Pakatan Rakyat perlu lebih berwaspada dengan kehadiran SNAP yang didakwanya dibayangi BN.

"Kalau kita lihat di beberapa tempat ataupun lihat sahaja di tempat penamaan calon, ada kecederungan SNAP dilindungi oleh BN, jadi kita harus waspada," katanya.

Katanya lagi, kehadiran SNAP hanya akan mengelirukan pengundi apabila terdapat lebih daripada satu parti pembangkang bertanding bagi sesuatu kerusi.

Jelas beliau, pengundi terutamanya di kawasan pendalaman kebiasaan lebih mudah membuat penilaian iaitu sama ada memilih antara Pakatan Rakyat ataupun BN.

"Sebab itu di beberapa tempat termasuk di kawasan Iban, orang memilih sama Pakatan Rakyat ataupun BN kerana yang lain (Bebas atau parti bukan dalam Pakatan Rakyat) kelihatan lebih memihak dan akan menguntungkan BN," katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kempen PKR di kawasan berlakunya pertindihan dengan SNAP, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata: "Sekarang ini nampak kerancakan kempen PKR lebih meyakinkan, masih belum ketara kehadiran SNAP."

Pada pilihan raya Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini, PKR dan SNAP masing-masing akan bersaing antara satu sama lain di 25 kerusi yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Dayak.

PKR merupakan parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung manakala SNAP adalah parti pembangkang tempatan.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan