RM2 Juta Dalam Akaun Bekas Pengarah

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuan (SPRM) mengesan jutaan ringgit dalam beberapa akaun milik pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia termasuk sekurang-kurangnya RM2 juta di dalam akaun seorang Pengarah Kastam yang sudah bersara.

Sumber memberitahu, pasukan petugas yang menyiasat kes terbabit percaya sebuah syarikat terkenal telah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bekas pengarah tersebut sebagai habuan ketika masih memegang jawatan berkenaan.

Mereka memberitahu, lebih ramai pegawai yang berbelanja mewah di luar kemampuan juga sudah dikenal pasti.

"Usaha sedang dilakukan untuk membekukan akaun mereka. Penyiasatan semakin berhasil apabila lebih banyak maklumat mengenai aktiviti haram ini timbul.

"Kami tidak akan memperlahankan (operasi) kerana maklumat menunjukkan berbilion ringgit lagi masih ada di luar sana," kata sumber itu.

Menurutnya lagi, pasukan petugas itu, walaupun 'diserang' pelbagai pihak berikutan kematian Timbalan Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, yang ditemui mati di ibu pejabat SPRM di sini, Rabu pagi, tidak akan menghentikan penyiasatan tersebut.

Sumber berkata, beberapa pasukan meneruskan pencarian di negeri-negeri lain dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan akan dibuat.

SPRM dengan kerjasama beberapa agensi lain berjaya menahan lebih 60 pegawai kanan Jabatan Kastam dan merampas jutaan ringgit, jongkong emas dan barangan milik berharga seperti kereta dan jam tangan mewah daripada mereka.

Serbuan dilaksanakan di beberapa pelaburan seluruh negara terutama Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Sabah berikutan maklumat bahawa sindiket dengan 'kaki' dalam banyak organisasi membabitkan kerugian lebih RM10 bilion menerusi pengelakan cukai dan penggelapan wang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal membabitkan kes kematian Ahmad Sarbani menunjukkan kecederaannya konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.

Beliau berkata, polis telah menerima laporan bedah siasat dan menghantarnya ke makmal jenayah untuk analisis lanjut.

"Makmal itu dijangka dapat menyimpulkan hasil keputusan analisis menjelang hujung minggu depan. Kami juga telah merakamkan kenyaraan daripada enam pegawai SPRM untuk membantu siasatan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan