Perdana Menteri Lancar Minyak Primax 95 Xtra

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Sabtu melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan Ron 95.

Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way".

Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penambahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax.

"Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berteruskan meningkatkan kualiti minyak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Amir Hamzah berkata bahan bakar baru itu boleh diperolehi di lebih 950 stesen minyak Petronas di seluruh negara.

"Primax 95 Xtra menghasilkan pembakaran yang berkesan dan mengurangkan geseran dalaman bagi menghasilkan fungsi maksimum setiap titisan minyak yang dibakar," katanya.

Pada majlis tersebut, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG iaitu anak syarikat Petronas menderma US$2.5 juta (RM7.55 juta) kepada Persatuan Palang Merah Jepun bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Najib kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia Masahiko Horie.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyaksikan konsert Twin Towers @ Live 2011 sempena majlis pelancaran tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan