Muhyiddin Lawat Bintulu

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTULU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dalam lawatan kerja dua hari ke Sarawak pada Sabtu meneruskan lawatan ke Bintulu di wilayah tengah negeri ini.

Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri berada di bandar Sibu.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada pukul 9 pagi, beliau terus ke Rumah Panjang Sait ak Jaya untuk melancarkan Pusat Prasekolah Sedidik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak sebelum mengadakan tinjauan di sekitar bandar Bintulu.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Muda Pelancongan Sarawak Datuk Talib Zulpilip.

Selepas itu, Muhyiddin menghadiri majlis bersama rakyat di Sebauh sebelum meneruskan lagi perjalanan menaiki helikopter untuk ke satu lagi majlis yang sama di Taman Tunku, Lambir di Miri.

Beliau dijadual pulang ke Kuala Lumpur petang ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan