Manifesto PR Janji Kosong, Ciplak, Lapok

Diterbitkan: Sabtu, 9 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ciplak, janji kosong serta lapok, demikian reaksi pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap manifesto yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya Sarawak ke-10 yang akan diadakan pada 16 April depan.

Malah janji pembangkang menerusi sepuluh teras utama dalam manifesto mereka turut disifatkan sebagai tidak realistik.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan manifesto yang ditawarkan pembangkang itu sudahpun dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini.

Menurutnya pembangkang dilihat sedikit kebelakang apabila memberi tawaran kepada rakyat mengenai sesuatu perkara yang sudah dinikmati oleh rakyat di bawah pemerintahan BN.

"Sebahagiannya sama seperti BN, malah ada antaranya sudahpun kita lakukan selama ini," katanya ketika ditemui pada majlis sarapan bersama pengundi Satok di sini, Sabtu.

Beliau yang juga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok mengulas mengenai janji pembangkang pada pilihan raya negeri yang antara lain mahu mewujudkan pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa iaitu Cekap, Akauntabel, dan Telus (CAT).

Selain itu gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS turut menawarkan untuk menyelesaikan isu pertikaian Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui penubuhan sebuah suruhanjaya.

Sementara itu Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof berkata, rakyat Sarawak seharusnya berhati-hati agar tidak terkeliru dan jatuh ke perangkap janji-janji manis pembangkang.

Jelasnya, langkah pembangkang yang mahu mewujudkan sebuah suruhanjaya mengenai NCR agak ketinggalan kerana kerajaan BN terlebih dahulu memberikan perlindungan bagi semua jenis tanah di Sarawak.

"Sistem perlindungan telah ada, sebagai contoh Pengerusi PKR negeri, Baru Bian yang juga seorang peguam beberapa kali memenangi kes mengenai tanah adat.

"Kalau sistem tidak adil, sudah pasti tak ada yang menang kes di mahkamah, jadi ini membuktikan bahawa perlindungan kepada hak tersebut memang sudah wujud.

"Sebab itu saya katakan bahawa ini hanya janji-janji manis, dan pembohongan belaka," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan